loading...

FOTO-FOTO PERSONALITI INI DI AMBIL SEBELUM MEREKA MENINGGAL DUNIA..JOM LIHAT..!!

22 GAMBAR-GAMBAR TERAKHIR PERSONALITI DUNIA SEBELUM MENINGGAL DUNIA YANG PERNAH MENGEJUTKAN DUNIA

Kematian adalah satu perkara yang setiap manusia  akan lalui dan kematian pasti tidak akan  terlepas, bukanlah suatu perkara yang boleh ditangguhkan atau dipercepatkan.

Beberapa keping gambar yang ditunjukkan di bawah ini telah menjadi popular di seluruh dunia kerana telah direkod ke dalam foto oleh individu-individu ini sebelum kematian mereka.

1. Puteri Diana


Dikatakan bahawa gambar ini adalah gambar terakhirnya dan diambil oleh seorang wartawan pada 31 Ogos 1997 jam 12.20 pagi. Ramai pemberita mengatakan ini adalah gambar terakhir sebelum dia meninggal dalam kemalangan pada hari yang sama

2. Steve Jobs


Steve Jobs kelihatan pucat dan kurus kerana kanser pankreas. Keadaannya begitu uzur sehingga dia terpaksa di papah untuk bergerak dan ini adalah gambar terakhirnya sebelum dia meninggal beberapa hari kemudian.

3. Wiley - Will Roger



Jawatan Wiley adalah perintis pertama dalam penerbangan solo di seluruh dunia dan rakannya yang paling baik Will Roger, komedian terkenal dan pengulas sosial telah menyertai penerbangan itu bersama-sama. Will Rogers berpakaian lengkap bertopi dan bertali leher berdiri di sayap kapal pada 15 Ogos 1935 sejurus sebelum berlepas ke pulau berhampiran Point Borrow di Alaska. Tetapi selepas berlepas ke laut, enjin kapal mereka tiba-tiba gagal berfungsi, kemudian jatuh ke laut dan membunuh kedua-duanya

4. Elvis Presley


Foto ini diambil pada 16 Ogos 1977 pada pukul 12.28 pagi di mana dia dilihat pada waktu itu  pergi ke Grace Land. Pada jam 3.30 petang pada hari yang sama, dia didapati mati dalam tab mandi oleh pembantunya, Ginger Alden dan dihantar ke Hospital Memorial Baptist tetapi tidak dapat diselamatkan dan dia dikatakan mati akibat penggunaan dadah yang berlebihan dan alahan terhadap ubat

5. Mahatma Gandhi



Mahatma Gandhi adalah tokoh kemanusiaan dan perdamaian dari India, apabila dilihat dari gambar, lelaki yang menjadi pembunuh Gandhi berdiri di hadapannya. Pembunuh itu menembak tiga peluru dari pistol Beretta 9 mm ke dada Gandhi ketika dia sedang dalam perjalanan untuk berdoa di kuil dengan Nathuram Godse. Kejadian itu dirakam oleh kamera.

Masa yang tragis yang menjadi akhir kehidupan Gandhi dimasukkan dalam filem biografi berjudul Ghandi (1982) sebagai tempat pembukaan. Dalam filem Gandhi yang dimainkan oleh Ben Kingsley.

6. Albert Einstein



Gambar ini adalah gambar terakhir Albert Einstein yang diambil pada bulan Mac 1955 dan gambar ini telah diambil di kawasan kediamannya di Princeton, New Jersey. Sebulan kemudian pada 17 April 1955, Einstein mengalami pendarahan dalaman yang disebabkan oleh pecahnya aneurisma aorta. Pada masa itu, dia sedang bersiap untuk menghadiri majlis  Peringatan Hari Ulang Tahun Ketujuh Israel dia tetapi nyawanya tidak lama dan dia meninggal dunia esok ketika berusia 76 tahun.

7. Pasangan John dan Jackie Knill


Mayat kedua pasangan Kanada tersebut ditemui di pantai Thailand pada 13 Januari 2005, mereka yang merupakan antara mangsa Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004, seminggu kemudian pegawai Seattle Amerika yang menyelidiki mangsa Tsunami mendapati kamera digital yang rosak itu  menyimpan slot memori, selepas membuka imej dalam slot memori itu, pegawai itu melihat gambar kedua-dua mereka dan gambar terakhir yang diambil dari kamera menunjukkan gelombang besar sebelum memukul mereka pada 26 Disember.

8. Adolf Hitler



Gambar di atas diambil pada 28 April 1945, masa yang tidak diketahui. 2 hari kemudian dia ditemui mati dengan gambaran tembakan di kepala, dipercayai membunuh dirinya sendiri kerana kalah dalam pertempuran dan  prinsipnya ialah bunuh dirinya sendiri dari menyerah atau mati di tangan musuh.

9. John Lennon



Seperti yang dapat di lihat, Gambar terakhir John Lennon ini secara tak sengaja di ambil sekali bersama pembunuhnya, iaitu Mark David Chapman. Lelaki di sebelahnya itu adalah orang yang menembak Lennon (Fan Club The Beatles), dia di lihat meminta tanda tangan Lennon, hanya selang beberapa jam kemudian, Lennon akhirnya ditembak dan mati.

10. Jurnalis WTC



Bill Biggart adalah seorang Foto- jurnalis yang membawa berita saat perihal insiden WTC dan dia meninggal tak lama selepas menara kedua WTC runtuh. Mayat Bill di temui setelah 4 hari di dalam runtuhan WTC tersebut dan barang-barangnya termasuk kamera turut di jumpai dan di serahkan kepada isteri beliau, tetapi isteri beliau telah memberikan kamera suaminya kepada teman karibnya, temannya meniliti kamera tersebut dan menemukan slot  memorinya masih dalam keadaan baik. Ada 150 keping gambar di dalam slotmemori itu dan gambar diatas adalah gambar terakhir yang di ambilnya pada jam 10:28 am dan 24 saat sebelum menara kedua runtuh pada jam 10.30 am.

11. Lee Harvey Oswald


Merupakan pembunuh kepada Presiden AS, John F Kennedy setelah di siasat oleh 5 biro investigasi rasmi dan dia di bunuh dengan jarak dekat oleh Jack Ruby pada 24 November 1963 dan gambar di atas di ambil secara tidak sengaja ketika dia di bawa keluar untuk bersidang

12. John F. Kennedy


JFK adalah presiden AS yang ke-5 dan dia di bunuh di Dealey Plaza, Dallas pada jam 12.30 tengah hari oleh Lee Harvey Oswald pada 22 November 1963. Dan pembunuhnya telah dibunuh oleh Jack Ruby sebelum sempat diadili. Meskipun begitu, ada banyak persoalan dan kajian teori konspirasi muncul setelah itu di mana tindakan ini adalah untuk menyembunyikan sesuatu.

13. Steve Irwin


Steve Irwin seperti yang kita tahu, dia meninggal di sebabkan sengatan ikan pari ketika dia sedang shooting di dalam laut untuk episod Crocodile Hunters pada tahun 2006. Foto ini adalah foto terakhir beliau di mana ia bergambar bersama ahli biologi kelautan, Chris Jones di atas botnya 2 hari sebelum dia meninggal.

14. Inejiro Anasuma


Anasuma merupakan politisi Jepun dan merupakan politisi Sosialis Jepun. Dia menjadi konsep parti Komunis Cina dan Sosialisme. dia di bunuh oleh Otoya Yamaguchi pada 12 Oktober 1960. Pembunuhnya, Otoya baru berusia 17 tahun dan telah membunuh diri di dalam penjara setelah seminggu membunuh Anasuma. Dia sempat mengikrar taat setia kepada Negara Jepun melalui tulisannya di dinding penjara …

15. Amy Jade Winehouse


Gambar ini diambil pada 20 Julai 2011 oleh Dionne Bromfield, dan Amy meninggal pada 23 Juli 2011 jam 3.54 Pm kerana mabuk.

16. Tan Sri P. Ramlee



Gambar ini dikatakan di ambil beberapa hari sebelum dia meninggal dunia pada 29 April 1973. Dia meninggal akibat serangan jantung, untuk memperingati jasa beliau dalam industri filem Negara Malaysia, dia dianugerahi Darjah Panglima Setia Mahkota (DPSM) oleh yang dipertuan Agong, yang membawa gelar Tan Sri.

17. Nicolae Ceausescu



Ceausescu adalah seorang pemimpin anggota Parti Komunis Rumania dan merupakan kepala sekretari Parti dari tahun 1965 sampai 1989. Beliau merupakan pemimpin terakhir parti komunis Rumania dan foto ini diambil ketika dia ditembak mati bersama isterinya oleh tentara pada 25 Desember 1989.

18. Park Chung Hee


Park merupakan salah seorang Presiden Korea. Dia ditembak mati oleh Kim Jae- kyu pada 25 Oktober 1979 di Dewan Badan Inteligen Korea (RCIA) sewaktu makan malam di dalam kediaman rasminya, Blue House. Park di tembak di dada dan kepala dan mati serta-merta. Gambar di atas adalah gambar Kim Jae Kyu menembak kepala Park sekali lagi setelah membunuhnya.

19. Jimi Hendrix


Gambar ini di ambil secara tidak sengaja oleh teman wanitanya ketika dia sedang memegang gitar eletrikkesukaannya yang diberi nama Black Betty.  Jimi Hendrix adalah legend gitar dunia yang sangat terkenal pada era 60an. Foto ini adalah foto terakhirnya sebelum meninggal dunia beberapa hari selepas itu. Penyebab kematiannya masih tidak di ketahui dan doktor menyatakan kemungkinan dia mati kelemasan atau di bunuh secara melemaskannya.

20. Freddy Mercury


Foto terakhir dari vokalis band legendaris Queen, Freddy Mercury siapa yang menyangka bahawa nyawanya diambil bukan ketika di atas pentas. Freddy terlihat rapi di taman depan rumahnya. Foto ini nampak cerah meskipun sebenarnya Freddy tampak pucat. Gambar ini diambil tepat pada tahun 1991 sebelum Freddy meninggal kerana komplikasi Pneumonia dan juga AIDS.

21. Heath Ledger


Heath Ledger adalah aktor dan juga sutradara filem yang di lahirkan di Australia. Gambar di atas adalah gambar terakhir Heath Ledger sebelum beliau meninggal dunia pada 22 Januari 2008 jam 3:36 pm. Penyebab kematiannya adalah kerana pengambilan ubat berlebihan  tanpa mengikut arahan yang tepat.

22. Marylin Monroe


Foto ini diambil pada saat Marylin Monroe bersama Frank Sinatra dan pemain piano jazz Buddy Greco. Mereka menghabiskan masa hujung minggunya di pekan bersama. Monroe menikmati saat-saat akhir minggu tersebut dengan riang seperti yang ditunjukkan melalui foto ini.

Sayangnya beberapa hari kemudian, tepat pada 5 Agustus 1962, aktres seksi yang menjadi fenomena dunia ini ditemukan mati di sebuah bilik hotel akibat terlebih dos ubat terlarang.

SUMBER : OHMYMEDIA / VIRAL TRENDING

2 comments


buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
ayuk... daftar, main dan menangkan
Line : agen365
WA : +855 87781483 :)
Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)

Reply

KapalJudiLounge

Judi Bola

Boskapal Net

Kapal Judi

KapalJudi

1 Akun Untuk Semua Permainan
- Sportbook
- Togel: SGP, Agogo4D, Agogo Hoki.
- Tangkas
- Poker: Domino99, BandarQ, Perang Bacarat, Capsa Susun, Sakong, Bandar66.
- Slot: JDB, Habanero, RTG Slot, Pragmatic Play, MIMI Gaming, AFB Gaming, Tembak Ikan
- Casino: Dream Gaming, LG Casino, GD88, WMCasino, 855Crown, Sabung Ayam

WA : +62 823 3491 4358 KAPALJUDI
Instagram Kapal Judi
Kapal Asia

Reply

Post a Comment