loading...

AISKRIM PALING MAHAL DI DUNIA..!!


AISKRIM JUTAWAN INI DI JUAL PADA HARGA RM548 DAN SIAP DALAM MASA 4.5 JAM..!! JOM LIHAT APA YANG BUATKAN AISKRIM INI MAHAL SANGAT..!




Kali ini, kami ingin berkongsi hidangan pencuci mulut mahal yang boleh didapati di pusat membeli-belah sahaja. Tidak perlu ke restoran eksklusif untuk menikmatinya.


Sekiranya anda penggemar aiskrim import mahal berjenama seperti Ben & Jerry’s, Haagen Dazs dan sebagainya, mungkin anda perlu cuba aiskrim kon terbaru ini jika anda berkunjung ke London.

Pusat beli-belah Selfridges di sana baru-baru ini memperkenalkan aiskrim yang diberi nama “Billionaire Soft Serve” yang dijual pada harga £99 (RM548).


Kenapa mahal sangat?
Ini disebabkan aiskrim seberat 350gram itu mengandungi elemen-elemen berikut:

1. Gelato karamel masin.

2. Kon buatan tangan yang dicelup ke dalam coklat gelap Madagascar yang jarang ditemui.

3. Batang pipet dan sfera gelato yang diisi ekstrak buah mangga, halia dan markisah.

4. Truffle coklat putih Belgium yang diisi sos karamel masin.


5. Macaron raspberi yang dihiasi dengan coklat putih dan berlian tulen yang boleh dimakan.

aiskrim mahal billionaire soft serve selfridges 2 553

6. Helaian dedaun emas 24 karat.

7. Batang coklat yang dibalut dengan daun emas.

8. Sudu coklat dengan emas.

9. Kacang pecan yang dikaramelkan.



SUMBER : METRO.UK/VIRAL TRENDING

1 comments:


buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
ayuk... daftar, main dan menangkan
Line : agen365
WA : +855 87781483 :)
Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)

Reply

Post a Comment