loading...

Tidak mahu upload gambar anak kerana ini...

TIDAK MAHU UPLOAD GAMBAR ANAK KE MEDIA SOSIAL KERANA INI...


Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil pendekatan untuk kurangkan memuat naik gambar anaknya, Siti Aafiyah di Instagram kerana bimbang dijadikan bahan mengumpat netizen.

Itu adalah nasihat suaminya sendiri yang tidak mahu Aafiyah menerima kecaman di ruang komen media sosial.

“Sebelum ini pun ada yang meninggalkan komen berbaur negatif… Jadi bagi mengelak perkara sama berulang, suami berpesan agar tidak tidak terlalu kerap memuat naik gambar Aafiyah di Instagram.

“Bimbang nanti orang mengata selain tidak mahu dia menjadi sasaran segelintir netizen yang tidak berpuas hati,” katanya.

Jika ada yang berbuat demikian, Siti sendiri akan menyekat pengikutnya yang tidak menjaga adab ketika meninggalkan komen.

“Mana teguran yang baik dan membina saya ambil tetapi kalau sampai tahap melampau memang saya akan sekat akaun mereka kerana tidak mahu ada aura negatif dalam Instagram saya.

“Komen yang negatif dan melampaui batas sebenarnya sudah menggambarkan niat sebenar seseorang itu jadi daripada timbul perkara tidak baik lain, lebih baik saya sekat,” ujarnya.



Namun baru-baru ini, Siti menerima kritikan netizen kerana membenarkan Aafiyah berenang dengan pelampung yang disediakan untuk bayi di sebuah spa.


Perkembangan terbaru pula tentang kerjayanya, dia masih dalam proses perbincangan bersama rakan niaga di Indonesia untuk meluaskan pemasaran produk SimplySiti.

“Insya-Allah, saya sedang berbincang dengan rakan perniagaan di Indonesia dan sekiranya semua perancangan berjalan lancar ia pasti terlaksana.

“Memang menjadi cita-cita saya untuk melihat produk SimplySiti memasuki pasaran Indonesia dan berharap bersempena ulangtahun kelapan jenama ini, ia bakal terlaksana,” katanya pada Mstar.


Berseri dan makin cantik Siti selepas bergelar ibu. Moga rezekinya sentiasa terbuka luas dalam perniagaan. 

Sumber


1 comments:


buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
ayuk... daftar, main dan menangkan
Line : agen365
WA : +855 87781483 :)
Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)

Reply

Post a Comment