loading...

Tidak mahu upload gambar anak kerana ini...

TIDAK MAHU UPLOAD GAMBAR ANAK KE MEDIA SOSIAL KERANA INI...


Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil pendekatan untuk kurangkan memuat naik gambar anaknya, Siti Aafiyah di Instagram kerana bimbang dijadikan bahan mengumpat netizen.

Itu adalah nasihat suaminya sendiri yang tidak mahu Aafiyah menerima kecaman di ruang komen media sosial.

“Sebelum ini pun ada yang meninggalkan komen berbaur negatif… Jadi bagi mengelak perkara sama berulang, suami berpesan agar tidak tidak terlalu kerap memuat naik gambar Aafiyah di Instagram.

“Bimbang nanti orang mengata selain tidak mahu dia menjadi sasaran segelintir netizen yang tidak berpuas hati,” katanya.

Jika ada yang berbuat demikian, Siti sendiri akan menyekat pengikutnya yang tidak menjaga adab ketika meninggalkan komen.

“Mana teguran yang baik dan membina saya ambil tetapi kalau sampai tahap melampau memang saya akan sekat akaun mereka kerana tidak mahu ada aura negatif dalam Instagram saya.

“Komen yang negatif dan melampaui batas sebenarnya sudah menggambarkan niat sebenar seseorang itu jadi daripada timbul perkara tidak baik lain, lebih baik saya sekat,” ujarnya.



Namun baru-baru ini, Siti menerima kritikan netizen kerana membenarkan Aafiyah berenang dengan pelampung yang disediakan untuk bayi di sebuah spa.


Perkembangan terbaru pula tentang kerjayanya, dia masih dalam proses perbincangan bersama rakan niaga di Indonesia untuk meluaskan pemasaran produk SimplySiti.

“Insya-Allah, saya sedang berbincang dengan rakan perniagaan di Indonesia dan sekiranya semua perancangan berjalan lancar ia pasti terlaksana.

“Memang menjadi cita-cita saya untuk melihat produk SimplySiti memasuki pasaran Indonesia dan berharap bersempena ulangtahun kelapan jenama ini, ia bakal terlaksana,” katanya pada Mstar.


Berseri dan makin cantik Siti selepas bergelar ibu. Moga rezekinya sentiasa terbuka luas dalam perniagaan. 

Sumber


terkini adik mata biru...

MASIH INGAT ADIK KAMARUL YANG MATA BIRU TU?? 



selain dari adik Kamarul Hisyam Mustafa yg dikatakan memiliki sepasang mata berwarna biru, Rusyduddin Ronaldo Lee dan juga adiknya Rifnaldi Ronaldo Lee juga memiliki mata berwarna biru juga..


ya..kalau di sabah ada..di semenanjung pun ade juga..

adik Ummi Aqilah yang berasal dari Kampung Chenerai, Baling, Kedah juga memiliki mata biru..


adik Ummi Aqilah, Muhammad Safuan


bapa mereka juga bermata biru dan emak saudara mereka memiliki mata biru sebelah sahaja


Siti Mardhiyah dari Kampung Keda,Baling, Kedah. 

korang, kalau ade kenal mereka yang bermata biru,sila share gambar mereka..

HELANGHIJAUKUNING







dia PENGKHIANAT islam..!!

Darah ADUN Syerleena halal untuk dibunuh! – Netizen bersedia untuk tamatkan riwayat beliau




Darah ADUN Syerleena halal untuk dibunuh! – Netizen bersedia untuk tamatkan riwayat beliau | Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid mengecam sebaran poster di Facebook yang mengugut untuk menamatkan riwayatnya kerana didakwa mengkhianati agama Islam.

Salah satu poster, yang menjadi tular di media sosial menggesa Syerlena dibunuh dengan kapsyen berbunyi “Darahnya halal, tidak berdosa dibunuh, dia pengkhianat Islam”

Selain itu kapsyen berbunyi: “Dia wajar dibunuh, kerana sebagai seorang Islam dia bersekongkol dengan Cina kafir harbi untuk menyerang institusi Islam.”

Mengiringi poster itu adalah imej beliau ketika memberikan ucapan dengan kapsyen “Saya bersumpah akan menyerang institusi Islam, khususya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam), demi DAP.”

Syerleena menafikan dakwaan itu yang mula timbul tahun lepas, tetapi muncul semula ketika kempen pilihan raya umum ke-14 lalu.

Menurut anggota parlimen DAP itu, poster yang mengandungi ancaman berkenaan dimuat naik di laman Facebook, oleh pengguna Facebook bernama Yanz AB Rahman dan Fitri AMRR.

Poster yang sama dimuat naik pengguna Facebook bernama Khairul Anwar Ismail dengan komen berbunyi: “Benar dan sungguh benar. Aku dah standby dah. Hanya tunggu semboyan berbunyi je. Berbunyi je aku onlah..”

“Ini adalah ugutan bunuh yang jelas dan ancaman terhadap keselamatan saya,” kata Syerleena.

“Komen yang paling teruk adalah pada posting Facebook oleh seorang bernama Ja Gmum, yang memuat naik poster berkenaan pada 13 Julai, yang telah dikongsi lebih 379 kali.

“Saya menyeru polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertindak pantas. Keadaan ini serius, saya takut jika ini tidak dihentikan segera, nyawa saya dalam bahaya,” katanya.



Minggu lepas, Syerleena membuat laporan polis selepas menerima nota ugutan bunuh
 yang diletakkan dalam peti surat di rumahnya.

Nota tulisan tangan itu berbunyi “Maut menanti mu”.

Beliau sebelum ini pernah membuat laporan polis berhubung tuduhan akan menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi selepas PRU14.

SUMBER