loading...

Tidak mahu upload gambar anak kerana ini...

TIDAK MAHU UPLOAD GAMBAR ANAK KE MEDIA SOSIAL KERANA INI...


Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil pendekatan untuk kurangkan memuat naik gambar anaknya, Siti Aafiyah di Instagram kerana bimbang dijadikan bahan mengumpat netizen.

Itu adalah nasihat suaminya sendiri yang tidak mahu Aafiyah menerima kecaman di ruang komen media sosial.

“Sebelum ini pun ada yang meninggalkan komen berbaur negatif… Jadi bagi mengelak perkara sama berulang, suami berpesan agar tidak tidak terlalu kerap memuat naik gambar Aafiyah di Instagram.

“Bimbang nanti orang mengata selain tidak mahu dia menjadi sasaran segelintir netizen yang tidak berpuas hati,” katanya.

Jika ada yang berbuat demikian, Siti sendiri akan menyekat pengikutnya yang tidak menjaga adab ketika meninggalkan komen.

“Mana teguran yang baik dan membina saya ambil tetapi kalau sampai tahap melampau memang saya akan sekat akaun mereka kerana tidak mahu ada aura negatif dalam Instagram saya.

“Komen yang negatif dan melampaui batas sebenarnya sudah menggambarkan niat sebenar seseorang itu jadi daripada timbul perkara tidak baik lain, lebih baik saya sekat,” ujarnya.



Namun baru-baru ini, Siti menerima kritikan netizen kerana membenarkan Aafiyah berenang dengan pelampung yang disediakan untuk bayi di sebuah spa.


Perkembangan terbaru pula tentang kerjayanya, dia masih dalam proses perbincangan bersama rakan niaga di Indonesia untuk meluaskan pemasaran produk SimplySiti.

“Insya-Allah, saya sedang berbincang dengan rakan perniagaan di Indonesia dan sekiranya semua perancangan berjalan lancar ia pasti terlaksana.

“Memang menjadi cita-cita saya untuk melihat produk SimplySiti memasuki pasaran Indonesia dan berharap bersempena ulangtahun kelapan jenama ini, ia bakal terlaksana,” katanya pada Mstar.


Berseri dan makin cantik Siti selepas bergelar ibu. Moga rezekinya sentiasa terbuka luas dalam perniagaan. 

Sumber


terkini adik mata biru...

MASIH INGAT ADIK KAMARUL YANG MATA BIRU TU?? 



selain dari adik Kamarul Hisyam Mustafa yg dikatakan memiliki sepasang mata berwarna biru, Rusyduddin Ronaldo Lee dan juga adiknya Rifnaldi Ronaldo Lee juga memiliki mata berwarna biru juga..


ya..kalau di sabah ada..di semenanjung pun ade juga..

adik Ummi Aqilah yang berasal dari Kampung Chenerai, Baling, Kedah juga memiliki mata biru..


adik Ummi Aqilah, Muhammad Safuan


bapa mereka juga bermata biru dan emak saudara mereka memiliki mata biru sebelah sahaja


Siti Mardhiyah dari Kampung Keda,Baling, Kedah. 

korang, kalau ade kenal mereka yang bermata biru,sila share gambar mereka..

HELANGHIJAUKUNING







dia PENGKHIANAT islam..!!

Darah ADUN Syerleena halal untuk dibunuh! – Netizen bersedia untuk tamatkan riwayat beliau




Darah ADUN Syerleena halal untuk dibunuh! – Netizen bersedia untuk tamatkan riwayat beliau | Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid mengecam sebaran poster di Facebook yang mengugut untuk menamatkan riwayatnya kerana didakwa mengkhianati agama Islam.

Salah satu poster, yang menjadi tular di media sosial menggesa Syerlena dibunuh dengan kapsyen berbunyi “Darahnya halal, tidak berdosa dibunuh, dia pengkhianat Islam”

Selain itu kapsyen berbunyi: “Dia wajar dibunuh, kerana sebagai seorang Islam dia bersekongkol dengan Cina kafir harbi untuk menyerang institusi Islam.”

Mengiringi poster itu adalah imej beliau ketika memberikan ucapan dengan kapsyen “Saya bersumpah akan menyerang institusi Islam, khususya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam), demi DAP.”

Syerleena menafikan dakwaan itu yang mula timbul tahun lepas, tetapi muncul semula ketika kempen pilihan raya umum ke-14 lalu.

Menurut anggota parlimen DAP itu, poster yang mengandungi ancaman berkenaan dimuat naik di laman Facebook, oleh pengguna Facebook bernama Yanz AB Rahman dan Fitri AMRR.

Poster yang sama dimuat naik pengguna Facebook bernama Khairul Anwar Ismail dengan komen berbunyi: “Benar dan sungguh benar. Aku dah standby dah. Hanya tunggu semboyan berbunyi je. Berbunyi je aku onlah..”

“Ini adalah ugutan bunuh yang jelas dan ancaman terhadap keselamatan saya,” kata Syerleena.

“Komen yang paling teruk adalah pada posting Facebook oleh seorang bernama Ja Gmum, yang memuat naik poster berkenaan pada 13 Julai, yang telah dikongsi lebih 379 kali.

“Saya menyeru polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertindak pantas. Keadaan ini serius, saya takut jika ini tidak dihentikan segera, nyawa saya dalam bahaya,” katanya.



Minggu lepas, Syerleena membuat laporan polis selepas menerima nota ugutan bunuh
 yang diletakkan dalam peti surat di rumahnya.

Nota tulisan tangan itu berbunyi “Maut menanti mu”.

Beliau sebelum ini pernah membuat laporan polis berhubung tuduhan akan menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi selepas PRU14.

SUMBER

SIAPA SEBENARNYA SITI KASSIM??



NAMA YANG SEDANG MENINGKAT NAIK SEKARANG NI...SIAPA SEBENARNYA SITI KASSIM??




Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah memaksa orang ramai berfikir adakah benar dia sudah memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy ?

Hari ini, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’

“Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.
“Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.

“Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata Siti Kassim dilaporkan Agendadaily.



Siti Kassim (bertanda bulat) atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim adalah anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ‘Seksualiti Merdeka’ yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).

Turut kelihatan bersamanya adalah salah seorang lagi aktivis LGBT (bertanda bulat), salah seorang daripada 5 aktivis LGBT yang pernah memohon semakan kehakiman pada tahun 2012 berkenaan larangan pihaknya mengadakan program tahunan Seksualiti Merdeka di negara ini.

Portal Malaysiakini, menamakan 5 aktivis itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, Siti Zabedah Kasim dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang diwakili oleh peguam Honey Tan Lay Ean yang juga merupakan jurucakap Comango.




Selain Honey Tan, bertanda bulat, duduk di barisan hadapan (lihat gambar di atas) sekurang-kurang tiga lagi aktivis LGBT (bertanda bulat) yang berada dalam Comango.

JANGAN GUNA DANA RAKYAT UNTUK BIAYAI SEKOLAH TAHFIZ – SITI KASSIM




Peguam kontroversi, Siti Kassim menggesa agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim) berhenti menggunakan peruntukan diberikan kerajaan kepada badan berkenaan untuk membiayai sekolah tahfiz.

Beliau dipetik FMT berkata, kerajaan perlu memastikan dana diberikan kepada Jakim tidak digunakan bagi tujuan tersebut berikutan ianya adalah wang hasil kutipan cukai dibayar oleh rakyat.

Ujarnya, berbading “sekolah-sekolah lain yang perlu menempuhi pelbagai prosedur sebelum dibenarkan untuk mengambil pelajar,” sekolah tahfiz mucul dimana-mana sahaja dan mendapat dana daripada Jakim.

Kenyataan Siti sebagai respon kepada cadangan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengkaji semula peranan Jakim bagi menentukan masa depan jabatan tersebut.

Kata Siti, sekolah-sekolah tahfiz yang lengkap dengan kemudahan mudah ditubuhkan selain senang mendapat dana daripada Jakim tanpa mengikut saluran yang tepat, berbanding sekolah agama lain.

Tambahnya, beliau tidak menghalang ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tahfiz tetapi menegaskan bahawa kos pembelajaran tersebut perlu ditanggung ibu bapa sendiri, bukannya Jakim – apatah lagi menggunakan duit rakyat.

“Orang beragama lain melakukannya. Sekolah agama mereka tidak dibiayai oleh kerajaan. “Tambahan itu, mereka juga pembayar cukai, bermaksud wang mereka juga pergi ke sekolah tahfiz.”

Mahathir ketika mengumumkan cadangan mengkaji semula Jakim mahu jabatan tersebut kembali kepada tujuan asal penubuhannya iaitu memberikan gambaran sebenar mengenai Islam.

Katanya, terdapat banyak larangan Islam tidak diberi perhatian oleh Jakim dan lebih tertumpu kepada, “cara-cara lain yang bukan datang dari ajaran Islam untuk menunjukkan kononnya Islam ini agama yang cukup keras dalam pelaksanaannya.

“Dengan perkataan lain kita lebih suka memaksa daripada ajaran Islam yang berkata, tiada paksaan dalam Islam.”

Pengkritik Jakim Tawfik Ismail yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri ke-2, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, juga menggesa agar Jakim ditutup terus.

Setuju dengan pendapat Tawfik, Siti berkata, Jakim pada awalnya ditubuhkan untuk membidas ‘Islam’ yang dibawa oleh PAS.

“Kerajaan mempunyai medium dan jentera untuk menjelaskan kepada rakyat, terutama masyarakat Melayu, apakah Islam yang sebenar, bukannya Islam PAS atau ceramah oleh mereka yang dipanggil ulama,” katanya lagi sambil menggesa kerajaan menggunakan media arus perdana bagi menyampaikan Islam yang sebenar.

‘Saya akan terus pertahan hak LGBT dan semua orang’

 


 


KREDIT : OHBIJOK

Jom serbu Royale Sporting House, ada jualan gudang sempena raya...!!!

 JUALAN GUDANG BARANGAN SUKAN & FESYEN OLEH RSH, ADA DISKAUN SEHINGGA 80% SEMPENA RAYA.... !!!





Bagaimana persiapan raya untuk tahun ni? Bila cakap pasal persiapan raya, banyak hal nak kena settle! Dari segi persiapan rumah, persiapan diri, kuih raya, duit raya dan macam-macam lagilah. Semua benda mesti nak lengkap, baru seronok nak raya.



Selain baju raya, tudung raya dan beg raya, kasut pun orang nak beli baru juga sempena raya! Barulah nampak semangat nak beraya tu. Haa, ada berita best nak bagitahu. Nak tahu apa dia? Meh tengok sini..



Royal Sporting House, kedai barangan sukan dan fesyen

Anda tahu tentang Royal Sporting House yang dikenali sebagai RSH? RSH ni merupakan kedai barangan sukan dan fesyen. Lelaki mesti tahu pasal kedai ni. Favourite mereka! Kalau mereka nampak kedai ni, tak singgah memang tak sah.





Jualan Gudang Mega RSH, super hebat!

Haa, inilah berita best! RSH akan mengadakan Jualan Gudang Mega RSH di Viva Expo Hall bermula dari 6 Jun 2018 hingga 10 Jun 2018, jam 10 pagi hingga 9 malam. Wow! Kalau tengah cari kasut raya tu, anda wajib datang sini. Rugi kalau tak datang sebab..




Promosi besar-besaran dengan diskaun sehingga 80%



Jangan lupa bawa duit lebih sikit. Sebab promosi besar-besaran oleh RSH ni memang tak boleh tolak langsung. Anda boleh dapatkan barangan yang ditawarkan dengan diskaun sehingga 80%! Bolehlah borong habis untuk raya ni. Weyyy..




Paling menarik tentang Jualan Gudang Mega RSH, jenama yang ditawarkan hebat-hebat belaka tau. Antara jenama hebat yang ada ialah Nike, Adidas, Reebok, Puma dan banyak lagi. Dah la ada diskaun banyak, jenama hebat pula tu. Memang power!










Nah info tentang event ini untuk anda. Jangan lupa screenshot dan share kat Whatsapp group dengan family dan kawan-kawan ya.

Acara : Jualan Gudang Mega RSH
Tarikh : 6 Jun 2018 hingga 10 Jun 2018
Masa : 10 pagi hingga 9 malam
Tempat : Viva Home, Expo Hall, Hall 2, Level 2 (Waze: http://waze.to/?sd=U.RCEBBjRB3rM)







KREDIT : SAYAP HITAM