loading...

AWAS!!! PEMBELI DAN PENIAGA ONLINE... 3 AYAT SCAMMER YANG WAJIB DIHINDARI

AWAS!!! PEMBELI DAN PENIAGA ONLINE... 3 AYAT SCAMMER YANG...


3 Ayat Biasa Yang Digunakan Scammer Untuk Menjerat Mangsa


Scammer, taktik penipuan alaf baru yang sentiasa berevolusi. Hanya satu panggilan yang diterima atau satu email, cukup untuk menjadikan kita mangsa. Mereka cukup licik! Kurangkan risiko ini dengan mengenal pasti jenis pelaburan haram yang ditawarkan melalui ayat biasa yang digunakan.


#1 "Hanya bayar RM300 sekali seumur hidup, dan anda akan dapat pulangan 3 kali ganda setiap bulan."

Ini antara ayat biasa yang digunakan. Sentiasa ingat setiap pelaburan ada risikonya. Lebih tinggi risiko, lebih tinggi pulangan. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang terlalu hebat sehingga tak tercapai dek akal. 
#2 "Tawaran kami terhad kepada pelanggan terpilih sahaja. Anda perlu bayar sekarang jika tidak mahu lepaskan peluang sekali seumur hidup ini."
Usah terima tawaran dalam situasi yang memberi tekanan seperti ini. Jika perniagaan ini benar dan sah, anda masih boleh mendapatkan perkhidmatan mereka pada bila-bila masa.
#3 “Kami janjikan pulangan tinggi dan tetap tanpa risiko. Setiap hari dapat profit.”
Jangan mudah terpedaya dengan ayat ini, kerana tiada jalan singkat untuk mendapatkan wang yang lumayan tanpa melibatkan sebarang risiko.
Jika anda berhadapan dengan situasi ini, jangan mudah terpedaya! Sebaiknya siasat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk kepastian dan jika masih ragu-ragu, katakan sahaja 'tidak'. Anda juga boleh membuat laporan tentang aktiviti scammer ini kepada Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan SC di nombor 03–6204 8999.
Biarpun apa produk pelaburan yang anda pilih, adalah amat penting untuk melabur melalui pihak-pihak yang dilesenkan oleh SC iaitu para pengantara pasaran. Proses pelesenan memastikan bahawa sesebuah syarikat atau individu mematuhi peraturan dan garis panduan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti pelaburan dalam pasaran modal. Pihak-pihak ini juga akan diawasi dan dipantau oleh pihak SC. Jangan sesekali melabur melalui mereka yang tidak berlesen, kerana skim yang ditawarkan berkemungkinan besar mengandungi unsur penipuan!
KONGSIKAN KEPADA RAKAN RAKAN DAN KELUARGA AGAR INFO BERGUNA INI DAPAT MENYELAMATKAN PENGGUNA PADA HARI INI...
KLIK SHARE PADA BUTANG FB DI BAWAH..

Post a Comment