loading...

FOTO-FOTO PERSONALITI INI DI AMBIL SEBELUM MEREKA MENINGGAL DUNIA..JOM LIHAT..!!

22 GAMBAR-GAMBAR TERAKHIR PERSONALITI DUNIA SEBELUM MENINGGAL DUNIA YANG PERNAH MENGEJUTKAN DUNIA

Kematian adalah satu perkara yang setiap manusia  akan lalui dan kematian pasti tidak akan  terlepas, bukanlah suatu perkara yang boleh ditangguhkan atau dipercepatkan.

Beberapa keping gambar yang ditunjukkan di bawah ini telah menjadi popular di seluruh dunia kerana telah direkod ke dalam foto oleh individu-individu ini sebelum kematian mereka.

1. Puteri Diana


Dikatakan bahawa gambar ini adalah gambar terakhirnya dan diambil oleh seorang wartawan pada 31 Ogos 1997 jam 12.20 pagi. Ramai pemberita mengatakan ini adalah gambar terakhir sebelum dia meninggal dalam kemalangan pada hari yang sama

2. Steve Jobs


Steve Jobs kelihatan pucat dan kurus kerana kanser pankreas. Keadaannya begitu uzur sehingga dia terpaksa di papah untuk bergerak dan ini adalah gambar terakhirnya sebelum dia meninggal beberapa hari kemudian.

3. Wiley - Will Roger



Jawatan Wiley adalah perintis pertama dalam penerbangan solo di seluruh dunia dan rakannya yang paling baik Will Roger, komedian terkenal dan pengulas sosial telah menyertai penerbangan itu bersama-sama. Will Rogers berpakaian lengkap bertopi dan bertali leher berdiri di sayap kapal pada 15 Ogos 1935 sejurus sebelum berlepas ke pulau berhampiran Point Borrow di Alaska. Tetapi selepas berlepas ke laut, enjin kapal mereka tiba-tiba gagal berfungsi, kemudian jatuh ke laut dan membunuh kedua-duanya

4. Elvis Presley


Foto ini diambil pada 16 Ogos 1977 pada pukul 12.28 pagi di mana dia dilihat pada waktu itu  pergi ke Grace Land. Pada jam 3.30 petang pada hari yang sama, dia didapati mati dalam tab mandi oleh pembantunya, Ginger Alden dan dihantar ke Hospital Memorial Baptist tetapi tidak dapat diselamatkan dan dia dikatakan mati akibat penggunaan dadah yang berlebihan dan alahan terhadap ubat

5. Mahatma Gandhi



Mahatma Gandhi adalah tokoh kemanusiaan dan perdamaian dari India, apabila dilihat dari gambar, lelaki yang menjadi pembunuh Gandhi berdiri di hadapannya. Pembunuh itu menembak tiga peluru dari pistol Beretta 9 mm ke dada Gandhi ketika dia sedang dalam perjalanan untuk berdoa di kuil dengan Nathuram Godse. Kejadian itu dirakam oleh kamera.

Masa yang tragis yang menjadi akhir kehidupan Gandhi dimasukkan dalam filem biografi berjudul Ghandi (1982) sebagai tempat pembukaan. Dalam filem Gandhi yang dimainkan oleh Ben Kingsley.

6. Albert Einstein



Gambar ini adalah gambar terakhir Albert Einstein yang diambil pada bulan Mac 1955 dan gambar ini telah diambil di kawasan kediamannya di Princeton, New Jersey. Sebulan kemudian pada 17 April 1955, Einstein mengalami pendarahan dalaman yang disebabkan oleh pecahnya aneurisma aorta. Pada masa itu, dia sedang bersiap untuk menghadiri majlis  Peringatan Hari Ulang Tahun Ketujuh Israel dia tetapi nyawanya tidak lama dan dia meninggal dunia esok ketika berusia 76 tahun.

7. Pasangan John dan Jackie Knill


Mayat kedua pasangan Kanada tersebut ditemui di pantai Thailand pada 13 Januari 2005, mereka yang merupakan antara mangsa Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004, seminggu kemudian pegawai Seattle Amerika yang menyelidiki mangsa Tsunami mendapati kamera digital yang rosak itu  menyimpan slot memori, selepas membuka imej dalam slot memori itu, pegawai itu melihat gambar kedua-dua mereka dan gambar terakhir yang diambil dari kamera menunjukkan gelombang besar sebelum memukul mereka pada 26 Disember.

8. Adolf Hitler



Gambar di atas diambil pada 28 April 1945, masa yang tidak diketahui. 2 hari kemudian dia ditemui mati dengan gambaran tembakan di kepala, dipercayai membunuh dirinya sendiri kerana kalah dalam pertempuran dan  prinsipnya ialah bunuh dirinya sendiri dari menyerah atau mati di tangan musuh.

9. John Lennon



Seperti yang dapat di lihat, Gambar terakhir John Lennon ini secara tak sengaja di ambil sekali bersama pembunuhnya, iaitu Mark David Chapman. Lelaki di sebelahnya itu adalah orang yang menembak Lennon (Fan Club The Beatles), dia di lihat meminta tanda tangan Lennon, hanya selang beberapa jam kemudian, Lennon akhirnya ditembak dan mati.

10. Jurnalis WTC



Bill Biggart adalah seorang Foto- jurnalis yang membawa berita saat perihal insiden WTC dan dia meninggal tak lama selepas menara kedua WTC runtuh. Mayat Bill di temui setelah 4 hari di dalam runtuhan WTC tersebut dan barang-barangnya termasuk kamera turut di jumpai dan di serahkan kepada isteri beliau, tetapi isteri beliau telah memberikan kamera suaminya kepada teman karibnya, temannya meniliti kamera tersebut dan menemukan slot  memorinya masih dalam keadaan baik. Ada 150 keping gambar di dalam slotmemori itu dan gambar diatas adalah gambar terakhir yang di ambilnya pada jam 10:28 am dan 24 saat sebelum menara kedua runtuh pada jam 10.30 am.

11. Lee Harvey Oswald


Merupakan pembunuh kepada Presiden AS, John F Kennedy setelah di siasat oleh 5 biro investigasi rasmi dan dia di bunuh dengan jarak dekat oleh Jack Ruby pada 24 November 1963 dan gambar di atas di ambil secara tidak sengaja ketika dia di bawa keluar untuk bersidang

12. John F. Kennedy


JFK adalah presiden AS yang ke-5 dan dia di bunuh di Dealey Plaza, Dallas pada jam 12.30 tengah hari oleh Lee Harvey Oswald pada 22 November 1963. Dan pembunuhnya telah dibunuh oleh Jack Ruby sebelum sempat diadili. Meskipun begitu, ada banyak persoalan dan kajian teori konspirasi muncul setelah itu di mana tindakan ini adalah untuk menyembunyikan sesuatu.

13. Steve Irwin


Steve Irwin seperti yang kita tahu, dia meninggal di sebabkan sengatan ikan pari ketika dia sedang shooting di dalam laut untuk episod Crocodile Hunters pada tahun 2006. Foto ini adalah foto terakhir beliau di mana ia bergambar bersama ahli biologi kelautan, Chris Jones di atas botnya 2 hari sebelum dia meninggal.

14. Inejiro Anasuma


Anasuma merupakan politisi Jepun dan merupakan politisi Sosialis Jepun. Dia menjadi konsep parti Komunis Cina dan Sosialisme. dia di bunuh oleh Otoya Yamaguchi pada 12 Oktober 1960. Pembunuhnya, Otoya baru berusia 17 tahun dan telah membunuh diri di dalam penjara setelah seminggu membunuh Anasuma. Dia sempat mengikrar taat setia kepada Negara Jepun melalui tulisannya di dinding penjara …

15. Amy Jade Winehouse


Gambar ini diambil pada 20 Julai 2011 oleh Dionne Bromfield, dan Amy meninggal pada 23 Juli 2011 jam 3.54 Pm kerana mabuk.

16. Tan Sri P. Ramlee



Gambar ini dikatakan di ambil beberapa hari sebelum dia meninggal dunia pada 29 April 1973. Dia meninggal akibat serangan jantung, untuk memperingati jasa beliau dalam industri filem Negara Malaysia, dia dianugerahi Darjah Panglima Setia Mahkota (DPSM) oleh yang dipertuan Agong, yang membawa gelar Tan Sri.

17. Nicolae Ceausescu



Ceausescu adalah seorang pemimpin anggota Parti Komunis Rumania dan merupakan kepala sekretari Parti dari tahun 1965 sampai 1989. Beliau merupakan pemimpin terakhir parti komunis Rumania dan foto ini diambil ketika dia ditembak mati bersama isterinya oleh tentara pada 25 Desember 1989.

18. Park Chung Hee


Park merupakan salah seorang Presiden Korea. Dia ditembak mati oleh Kim Jae- kyu pada 25 Oktober 1979 di Dewan Badan Inteligen Korea (RCIA) sewaktu makan malam di dalam kediaman rasminya, Blue House. Park di tembak di dada dan kepala dan mati serta-merta. Gambar di atas adalah gambar Kim Jae Kyu menembak kepala Park sekali lagi setelah membunuhnya.

19. Jimi Hendrix


Gambar ini di ambil secara tidak sengaja oleh teman wanitanya ketika dia sedang memegang gitar eletrikkesukaannya yang diberi nama Black Betty.  Jimi Hendrix adalah legend gitar dunia yang sangat terkenal pada era 60an. Foto ini adalah foto terakhirnya sebelum meninggal dunia beberapa hari selepas itu. Penyebab kematiannya masih tidak di ketahui dan doktor menyatakan kemungkinan dia mati kelemasan atau di bunuh secara melemaskannya.

20. Freddy Mercury


Foto terakhir dari vokalis band legendaris Queen, Freddy Mercury siapa yang menyangka bahawa nyawanya diambil bukan ketika di atas pentas. Freddy terlihat rapi di taman depan rumahnya. Foto ini nampak cerah meskipun sebenarnya Freddy tampak pucat. Gambar ini diambil tepat pada tahun 1991 sebelum Freddy meninggal kerana komplikasi Pneumonia dan juga AIDS.

21. Heath Ledger


Heath Ledger adalah aktor dan juga sutradara filem yang di lahirkan di Australia. Gambar di atas adalah gambar terakhir Heath Ledger sebelum beliau meninggal dunia pada 22 Januari 2008 jam 3:36 pm. Penyebab kematiannya adalah kerana pengambilan ubat berlebihan  tanpa mengikut arahan yang tepat.

22. Marylin Monroe


Foto ini diambil pada saat Marylin Monroe bersama Frank Sinatra dan pemain piano jazz Buddy Greco. Mereka menghabiskan masa hujung minggunya di pekan bersama. Monroe menikmati saat-saat akhir minggu tersebut dengan riang seperti yang ditunjukkan melalui foto ini.

Sayangnya beberapa hari kemudian, tepat pada 5 Agustus 1962, aktres seksi yang menjadi fenomena dunia ini ditemukan mati di sebuah bilik hotel akibat terlebih dos ubat terlarang.

SUMBER : OHMYMEDIA / VIRAL TRENDING

AISKRIM PALING MAHAL DI DUNIA..!!


AISKRIM JUTAWAN INI DI JUAL PADA HARGA RM548 DAN SIAP DALAM MASA 4.5 JAM..!! JOM LIHAT APA YANG BUATKAN AISKRIM INI MAHAL SANGAT..!




Kali ini, kami ingin berkongsi hidangan pencuci mulut mahal yang boleh didapati di pusat membeli-belah sahaja. Tidak perlu ke restoran eksklusif untuk menikmatinya.


Sekiranya anda penggemar aiskrim import mahal berjenama seperti Ben & Jerry’s, Haagen Dazs dan sebagainya, mungkin anda perlu cuba aiskrim kon terbaru ini jika anda berkunjung ke London.

Pusat beli-belah Selfridges di sana baru-baru ini memperkenalkan aiskrim yang diberi nama “Billionaire Soft Serve” yang dijual pada harga £99 (RM548).


Kenapa mahal sangat?
Ini disebabkan aiskrim seberat 350gram itu mengandungi elemen-elemen berikut:

1. Gelato karamel masin.

2. Kon buatan tangan yang dicelup ke dalam coklat gelap Madagascar yang jarang ditemui.

3. Batang pipet dan sfera gelato yang diisi ekstrak buah mangga, halia dan markisah.

4. Truffle coklat putih Belgium yang diisi sos karamel masin.


5. Macaron raspberi yang dihiasi dengan coklat putih dan berlian tulen yang boleh dimakan.

aiskrim mahal billionaire soft serve selfridges 2 553

6. Helaian dedaun emas 24 karat.

7. Batang coklat yang dibalut dengan daun emas.

8. Sudu coklat dengan emas.

9. Kacang pecan yang dikaramelkan.



SUMBER : METRO.UK/VIRAL TRENDING

FOTO PALING MISTERI YANG DI RAKAM OLEH GOOGLE EARTH..



Bagi yang Tak Kuat, Jangan Tengok! Inilah 5 Foto Paling Misteri Yang Pernah Dirakam Google Earth


Google Earth membolehkan kita untuk melihat tempat-tempat di seluruh dunia hanya dengan duduk sahaja di rumah. Anda boleh menyaksikan keajaiban dunia dari luar angkasa dengan menggunakan Google Earth.

Hanya dengan menaip nama tempat yang mahu dilihat, Google Earth akan mencari dan memaparkan tempat yang pengguna mahu dan pengguna boleh melihat tempat itu dari atas ataupun dalam bentuk 3D. Jadi tidak hairan jika hal-hal aneh boleh ditemui dengan menggunakan Google Maps sahaja. Seperti, terdapat beberapa tempat aneh dan misteri yang dirakam Google Earth atas alasan yang tidak dapat dijelaskan secara ilmiah ataupun logik.

Seperti dipetik dari laman boredomtherapy.com, berikut adalah 5 foto yang paling misteri yang pernah dirakam Google Earth masih belum dapat dijelaskan sehingga sekarang.

1. Pustakawan New Zealand, Shaun Higgins, dianggap telah memecahkan misteri abad ke-1 apabila menjumpai Pulau Sandy yang hilang dari peta sejak tahun 1908.






2. Geografi ini dijumpai di oasis Azraq, di Jordan beberapa tahun yang lalu dengan menggunakan Google Earth, yang dianggarkan berusia 8,500 tahun.






3. Seorang “Penyiasat UFO” mendakwa menjumpai objek yang kelihatan seperti pesawat MH370 yang hilang dengan menggunakan Google Earth. Beliau mendakwa bahawa objek tersebut dijumpai di Mozambique dan Madagascar.






4. Pola garis aneh ini dijumpai di Gurun Gobi di China. Dipercayai pola garis ini merupakan dari tentera rahsia.






5. Simbol pemuja syaitan seluas 1,200 kaki ini dijumpai di bahagian terpencil di Kazakhstan. Sungguh tidak masuk akal apabila ada simbol pemuja syaitan di negara yang majoritinya beragama Islam?





VIRAL TRENDING

LIHAT, APA YANG TERJADI PADA PAKAIAN INI APABILA DIRENDAM SELAMA 2 TAHUN DI LAUT MATI YANG TERLETAK DI SEMPADAN ISRAEL


SEORANG ARTIS MERENDAM BAJUNYA SELAMA 2 TAHUN KE DALAM LAUT MATI/MASIN DAN HASILNYA TIDAK DI SANGKA - SANGKA..!!

Artis ini mengambil keputusan untuk merendam baju ke dalam laut mati selama 2 tahun bermula pada tahun 2014. Seperti yang anda tahu, laut mati yang terletak di sempadan Israel ini merupakan laut yang mempunyai kandungan garam paling tinggi sekali.




Selama 2 tahun baju ini dibiarkan di dalam laut ini, hasilnya sangat mengejutkan! Kesan garam yang melekat pada baju ini menjadikan ia kelihatan seperti batu kristal. Untuk pengetahuan anda, baju garam ini akan dipaparkan kepada umum di Marlborough , London. 

Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

Sejak ribuan tahun, Laut Mati menggamit pelancong yang datang untuk berenang kerana kononnya untuk mendapatkan manfaat kesihatan daripada kemasinannya.






Bagaimanapun, tarikan pelancong ke laut itu mungkin berakhir selepas pakar mendapati paras airnya semakin menurun dengan purata semeter setiap tahun.

Ukuran pertama dilakukan pada 1927 dan sejak itu paras air laut itu yang terkenal kerana menjadi sebahagian daripada sejarah agama, semakin susut.

Tertarik dengan tahap kemasinan Laut Mati ini, seorang penggiat seni berbangsa Yahudi, Sigalit Landau telah menjalankan hasil seni terbaru beliau di laut ini dengan merendamkan sepasang gaun wanita ke dalam laut ini.

Gaun itu kemudiannya dibiarkan di dalam air sejak 2014 dan hanya dibawa naik baru-baru ini untuk melihat perubahan yang disebabkan pengaruh air masin ke atas fabrik pakaian itu, dah hasilnya…

Seniman Sigali Landau membenamkan gaun hitam bergaya abad 1920-an di Laut Mati selama dua bulan, pada tahun 2014. Ketika gaun itu diangkat ke permukaan, gaun itu berkilauan, seperti sebuah patung yang terbentuk dari garam.

Landau terinspirasi dari karya seni sebelumnya yang terbentuk oleh lingkungan unik Laut Mati.






Dalam pameran terbarunya, ia menggunakan replika gaun hitam dari cerita hantu klasik Hasidic Jewish berjudul ‘The Dybbuk’. Dalam cerita tersebut, diceritakan bahwa Leah dikuasai oleh kekuatan jahat pada gaunnya, yang sempat dimiliki oleh pengguna sebelumnya. DIketahui ia meninggal sebelum pernikahan dilakukan.

“Selama beberapa tahun, saya mempelajari banyak hal dari tempat aneh ini. Namun, kami masih menunggu keajaiban lainnya, eksperimen baru, ide, dan pemahaman lain. Ini seperti bertemu dengan sistem perbedaan waktu, perbedaan logika, dan planet lain. Terlihat seperti salju, gula, air mata,” ujar Landau.

Laut mati adalah kawasan perairan yang paling asin di bumi. Sebanyak 34 persen garam, dan beberapa kali lebih asin dari yang ada di perairan terbuka.

Tingkat keasinan yang sangat tinggi menjadi salah satu dalang dibalik sihir yang menyebabkan transformasi gaun hitam itu menjadi gaun putih berkilauan. Garam menghasilkan kristalisasi akibat dari konsentrasi yang lebih tinggi dari air-air di sekitarnya.





SUMBER : VIRAMON / VIRAL TRENDING

TEORI GILA YANG MENGUBAH MAKSUD FILEM KEGEMARAN KORANG.

10 Teori Gila yang Mengubah Maksud Filem Kegemaran Anda

Sesetengah penonton tegar filem cenderung menafsirkan peristiwa-peristiwa dalam filem-filem terkenal dengan cara mereka sendiri, mencari tanda-tanda tersembunyi dan mesej.

Terima kasih kepada mereka yang aktif berimaginasi, teori-teori yang luar biasa untuk kehidupan, menjadikan filem-filem itu sendiri lebih menawan.

Hari ini kami menyajikan koleksi idea-idea gila dari peminat pawagam yang benar, dijamin membuat anda melihat banyak pengembaraan skrin besar dalam cahaya baru!

10. Joker adalah seorang veteran perang.





Teori ini merangkumi filem The Dark Knight (2008) dan mendakwa untuk menerangkan pengetahuannya tentang sifat-sifat senjata dan bahan peledak Heath Ledger, serta memupuk asal-usul parut fizikal dan mentalnya.

Sesetengah peminat memetik garisan dari filem di mana Joker bercakap mengenai ketidakpedulian orang terhadap perkara seperti "tragedi askar" yang semakin "dibuang." Mungkin penyelia ini hanya menjadi mangsa gangguan tekanan pasca-trauma?


9. James Bond bukan orang tertentu tetapi nama kod yang diberikan kepada agen yang berbeza.





Metro-Goldwyn-Mayer Di dalam filem Bond, panggilan-panggilan "Q" dan "M" tetap sama tetapi orang-orang yang menanggungnya menjadi tua, mati, dan menggantikan satu sama lain. Mengapa tidak menggunakan logik yang sama dengan 007 yang terkenal?
Adapun fakta bahawa semua Bon minum martini "digoncang, tidak dicampur" - ini mungkin beberapa jenis etika korporat bahawa setiap ejen baru harus mematuhi!


8. Gandalf mahu menghantar helang ke Mordor sepanjang masa.





Peminat The Lord of the Rings sering bertanya-tanya mengapa Gandalf tidak hanya memanggil helang terbang Frodo ke Mordor supaya dia dapat memusnahkan Cincin dengan cepat dan selamat.
Menurut satu teori, ahli sihir itu mahu melakukan perkara itu tetapi memutuskan bahawa dia akan berkongsi rancangannya dengan ahli-ahli  yang lain selepas mereka sampai ke hutan Lorien, di mana mereka akan tersembunyi dari Eye of Sauron.
Dalam lombong Moria, ketika ia akan jatuh ke dalam jurang maut, Gandalf berseru, "Terbang, kamu bodoh!"
Sayang sekali tidak ada seorang pun yang memahami dengan tepat.


7. Semua acara dalam Grease sebenarnya adalah penglihatan Sandy yang sedang mati.Dalam lagu "Summer Nights" pada awal Grease (1978), watak John Travolta menyebut bahawa Sandy nyaris lemas semasa mesyuarat pertama mereka.





Satu teori popular menyatakan bahawa gadis itu sebenarnya tidak dapat bertahan dan bahawa semua perkara yang berlaku dalam filem itu adalah penglihatannya yang mati ketika Danny cuba untuk menyelamatkannya di pantai.
Pada akhir filem itu, Sandy dan Danny masuk  dan kereta bergerak ke langit - ini mesti menjadi saat sebenar ketika gadis itu mati dan pergi ke Syurga.
Menambah dimensi positif baru kepada cerita, bukan ?!


6. Jar Jar Binks benar-benar Sith.





Sesetengah orang percaya bahawa watak-watak cambuk dan idiotik watak ini hanya berpura-pura mahir.
Malah, Binks adalah Sith licik, lama dalam perkhidmatan Dark Side of the Force.
Tidak hairanlah tindakannya membawa begitu banyak masalah kepada orang yang baik!
Dan dalam Episod 3, Jar Jar sebenarnya menjadi ahli Senat Galactic yang korup.
Beberapa peminat di luar sana pasti, bahawa Binks membantu Palpatine berkuasa dan memusnahkan Jedi ...


5. Neo adalah mesin, dan Sion adalah satu lagi tahap realiti maya.





Sangat mudah hilang dalam lapisan makna trilogi Matrix (1999-2003), walaupun tanpa mencipta teori tambahan.
Tetapi ini tidak menghalang para pensyarah yang bersemangat!
Kali ini, mereka telah datang dengan idea bahawa Neo sebenarnya mesin, dan kota Zion bawah tanah - benteng terakhir umat manusia - hanyalah satu lagi realiti maya, diciptakan (menunggu untuk itu!) Oleh manusia untuk terus  mengawal mesin itu


4. Jack adalah seorang pengembara masa yang datang ke Titanic untuk mengelakkan  Rose bunuh diri.





Menurut beberapa peminat filem James Cameron ini, watak Leonardo DiCaprio dihantar ke Titanic dari masa depan untuk menyelamatkan Rose.
Jika dia melompat ke dalam air, kapal itu sepatutnya dihentikan, dan, kerana kelewatan ini, perlanggaran dengan gunung ais tidak akan pernah berlaku.


3. Mad Max adalah salah satu daripada 4 Horsemen Apocalypse.





Kita boleh mencari banyak simbol dan metafora dalam filem pasca apokaliptik Mad Max: Fury Road (2015). Sebagai contoh, penonton menunjukkan kesamaan antara beberapa aksara dan Horsemen Apocalypse. Immortan Joe adalah Penaklukan atau Bencana, Peladang Bullet adalah Perang, Pemakan Rakyat adalah Kelaparan, dan Mad Max adalah Kematian


2. Beg bimbit koper Marsellus Wallace mengandungi jiwanya.


Satu legenda mengatakan bahawa syaitan mengeluarkan jiwa seseorang melalui lubang di belakang lehernya. Dalam filem Pulp Fiction (1994), bos jenayah Marsellus Wallace memasarkan bantuan band tepat di tempat ini di tubuhnya. Kod untuk koper yang aneh adalah 666. Apabila ia dibuka, kita melihat cahaya yang menakutkan yang datang dari dalam. Akhirnya, Marsellus nampaknya sangat peduli tentang beg pakaian ini.  Hmm ... semuanya sesuai!

1. Hogwarts tidak wujud. Dunia penyihir adalah figur imaginasi Harry Potter.



Sesetengah peminat buku dan filem Harry Potter mengesyaki bahawa seluruh dunia sihir adalah hanya satu khayalan, yang dikarang oleh minda seorang budak lelaki yang tidak disayangi yang menghabiskan hari-harinya di dalam almari. Hogwarts, kawan, pelbagai pengembaraan - Harry membuat semua perkara ini untuk melarikan diri dari realiti suramnya. Selain itu, ini menerangkan hakikat bahawa dia hanya menjadi orang yang paling penting di kalangan penyihir.
The Boy Who Lived ... a delusion?

SUMBER : BRIGHTSIDE

KESIAN PADA PASANGAN INI..HAJAT TAK KESAMPAIAN, MENYESAL YANG DAPAT..!!

LELAKI INI MENYESAL KERANA TELAH MELAMAR KEKASIHNYA DI ATAS JAMBATAN "ROMANTIK" INI..!!

Siapa yang dapat menyangka hari istimewa yang akan dikenang sampai akhir hayat akhirnya bertukar menjadi hari yang malang.






Bayangkan diri anda sedang berjalan bersama-sama kekasih anda di atas jambatan kayu yang cantik dan tiba-tiba anda telah melamar kekasih anda. Pasti saat tersebut merupakan antara saat terindah dalam kehidupan anda.

Situasi tersebut hampir 100% sempurna. Malangnya, buat pasangan kekasih Seth Dixon, seorang pemandu aplikasi Uber, dan Ruth Salas, seorang guru pengganti, apabila sesuatu yang tidak dapat dijangka telah berlaku.

Semasa membuka kotak yang mengandungi cincin tunang Ruth, cincin tersebut telah terjatuh ke atas jambatan kayu itu dan melantun sebanyak dua kali sebelum ianya terjatuh di antara celah papan jambatan lalu jatuh kedalam tasik di bawah.

Segala aksi yang terjadi di Taman Loose pada hari itu telah dirakam oleh rakan mereka. Pada mulanya, ramai menyangkakan itu hanya merupakan lakonan mereka semata-mata.Malang sekali, tiada tipu helah dan cincin yang berharga 3,000 USD itu betul-betul terjatuh ke dalam tasik tersebut.





SUMBER

DARI 4 LEGEND KUNG FU INI, HANYA SEORANG YANG MASIH SIHAT DAN AKTIF DI DUNIA PERFILEMAN..!! JOM LIHAT..!


DARI 4 "LEGEND KUNG FU" INI, SEORANG SUDAH MENINGGAL, SEORANG SAKIT PARAH, SEORANG BERKERUSI RODA, DAN HANYA "DIA" SEORANG YANG MASIH SIHAT DAN AKTIF..



BRUCE LEE
Siapa yang tidak kenal Bruce lee? Artis legend kungfu ini  memang dikenal di seluruh dunia. Walaupun Bruce Lee sudah meninggal dunia lebih dari 40 tahun, namun namanya masih dikenang sampai hari ini, menandakan  karya-karyanya itu benar-benar abadi.



JET LI
Jet Li, sejak kita kecil, dia sudah menghasilkan banyak sekali filem-filem yang tentunya sangat dinikmati oleh kita. Namun sebagai seorang artis ternama, dia  sanggp berhijrah ke negara lain, sehingga akhirnya menimbulkan banyak kontroversi.

Tahun lalu, Jet Li memberitahu sendiri, sejak muda, kerana banyak shuting adegan kungfu ternyata melukai tubuhnya, kini dia sama sekali tidak boleh melakukan sukan yang terlalu ekstrim apalagi melakukan lagi gerakan kungfu lagi.



SAMMO HUNG
Sammo Hung, kita pasti sering melihatnya dalam pelbagai filem sejak kecil, badannya yang gemuk membuat orang mengingatinya, dia bahkan disebut sebagai orang gemuk yang paling berketrampilan di dunia perfileman

Namun baru-baru ini, Sammo Hung didapati menggunakan kerusi roda semasa sedang membeli barang di pasaraya, dia juga ditemani 2 orang jururawat yang di tugas untuk merawat dan menjaganya. Perkara ini membuat ramai peminatnya sedih sekali.



JACKIE CHAN
Sedangkan Jackie Chan yang tahun ini berusia 62 tahun, masih terus menghasilkan karya-karyanya setiap tahun. Dia sama sekali tidak terpengaruh oleh usianya, dia juga masih boleh beraktiviti dan menjalani hidup yang sihat.
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana dia masih lagi hidup dengan gaya yang sihat dan sentiasa cergas..

SUMBER :